Apakah anda ingin menjadi salah seorang daripada mereka?
Mengikut laporan KWSP, 72 peratus daripada pencarum yang mengeluarkan wang simpanan akan menghabiskan wang itu dalam tempoh tiga tahun. Bayangkan, apa akan berlaku sekiranya dalam usia begitu, kita tidak mempunyai wang untuk hidup?Ramai beranggapan bahawa kita tidak perlukan banyak wang ketika bersara kerana kesemua anak-anak sudah besar dan berkerjaya, sedangkan pada hakikatnya ketika itulah kita ingin mengekalkan gaya hidup sihat dan berkualiti.
Sudah sedia maklum bahawa sumber pendapatan bulanan kita sudah terhenti, tetapi perbelanjaan seharian kita masih berterusan. Bukan itu sahaja, malah perbelanjaan tambahan akan muncul bagi segelintir daripada kita. Perbelanjaan tambahan yang tidak diduga itu adalah perbelanjaan perubatan. Lumrah sesuatu kehidupan, apabila usia semakin meningkat, keadaan kesihatan semakin menurun.
Kajian menunjukkan jangka hayat manusia semakin panjang dengan adanya kecanggihan teknologi perubatan. Kajian daripada Jabatan Statistik Malaysia (2004), jangka hayat lelaki meningkat pada 70.3 tahun, manakala jangka hayat wanita pula, meningkat kepada 76.2 tahun. Kadar umur ini meningkat jika dibandingkan perangkaan tahun 1992 yang mana jangka hayat lelaki ketika itu adalah 69.4 tahun, manakala wanita pula 73.6 tahun.
Dengan meningkatnya kadar umur tersebut, maka kita juga perlu meningkatkan dana persaraan kita demi kesejahteraan hidup di hari persaraan nanti. Sebagai contoh, katakanlah, RM668,200 diperlukan untuk membiayai kehidupan persaraan selama 20 tahun. Kita perlukan tambahan RM79,000 untuk hidup lima tahun lagi dan RM136,000 untuk hidup selama 10 tahun.
Andaian ini dibuat berdasarkan pendapatan persaraan setahun RM60,000 dan dilaburkan dalam instrumen pelaburan yang memberi kadar pulangan enam peratus setahun. Mengikut kajian, kita dapat bersara dengan selesa apabila mempunyai sekurang-kurangnya 70 peratus daripada gaji bulanan diterima ketika bekerja.
Bagi meningkatkan tabungan, anda boleh menyediakan akaun persaraan kedua (selain daripada KWSP) iaitu dengan menabung secara konsisten setiap bulan.
Bayangkan, apabila anda memperuntukkan RM300 sebulan dan melabur secara konsisten selama 30 tahun dalam instrumen pelaburan yang mampu memberi purata pulangan tahunan 10 peratus, apabila bersara nanti anda mempunyai duit berjumlah RM650,000 (Wow!!! Lebih RM0.5 Juta...itu baru RM300 sebulan je, apa kata kalau RM1000 sebulan???? Fuuyyoooo!!!RM2.2 Juta tu....!!!!)Pilihan ditangan anda...Tepuk Dada Tanya Minda.....
Monday, June 02, 2008
Wednesday, May 28, 2008
Usahawan Cendawan

Ahmad Bakri sambut seruan kerajaan tambah bilangan usahawan tani BumiputeraMARAN: Kemampuan Bumiputera dalam sektor pertanian komersial bukan sesuatu yang baru.
Bilangan mereka yang semakin bertambah membuktikan usaha gigih itu mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika dilakukan bersungguh-sungguh.
Bagaimanapun, jumlah mereka yang terbabit dalam industri tanaman cendawan masih kurang menyebabkan seorang bekas mekanik, Ahmad Bakri Ishak, 30, berhasrat mendalami bidang itu secara lebih serius.
Ahmad Bakri berkata, sepanjang terbabit dalam sektor itu tiga tahun lalu, beliau menyedari bahawa pertanian memberi lebih keuntungan jika diusahakan secara lebih praktikal dan bersistematik.Bersama isteri, Norsailah Mohd Alias, 27, beliau memulakan projek tanaman cendawan di belakang rumah ibunya, Asiah Abdullah, di Felda Bukit Tajau, Maran, selepas melihat dan mengkaji nilai komersial tanaman itu di pasaran tempatan.
Tanpa sebarang kursus dan latihan asas mengenai proses penanaman dan penghasilan cendawan, beliau membuat keputusan membina sebuah rumah cendawan sebagai permulaan dan membeli bahan mentah iaitu habuk kayu getah, dedak ayam halus, kapur pertanian dan mesin pengisar habuk dengan modal permulaan RM4,000."Lawatan ke beberapa ladang cendawan di Triang dan Balok berjaya membuka minda saya untuk memulakan perniagaan ini selepas mendapat nasihat pengusaha itu sendiri selain dorongan keluarga.
"Walaupun pada peringkat awal projek, saya hanya memperoleh pendapatan RM400 hingga RM600 sebulan, ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskannya kerana yakin `pertanian adalah perniagaan," katanya.Ahmad Bakri berjaya meningkatkan pendapatannya kepada RM3,000 sebulan dan mula membuat simpanan untuk membina dua lagi rumah cendawan bagi menampung permintaan pasaran.

Beliau berkata, walaupun permintaan semakin meningkat, pihaknya tidak dapat memenuhinya berikutan kekurangan bahan mentah dan pekerja."Ada ketikanya, bekalan benih cendawan kehabisan dan saya terpaksa pergi ke ladang cendawan di Triang untuk mendapatnya dalam kuantiti yang besar, selain membeli habuk kayu getah sehingga 10 tan pada satu-satu masa.
"Benih cendawan dibeli RM5 bagi setiap botol dan boleh diisi dalam 30 bungkah, manakala habuk kayu yang dibeli berharga RM400 bagi setiap 10 tan boleh menghasilkan antara 20,000 hingga 25,000 bungkah," katanya.Ahmad Bakri memperuntukkan sebahagian besar masanya meneliti bungkah cendawan bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan tidak dicemari bakteria atau kuman, selain ancaman tikus.
Beliau berkata, penjagaan rapi dan penetapan masa penting bagi memastikan kadar pertumbuhannya selari dengan tempoh ditetapkan iaitu antara 40 dan 50 hari bagi kutipan hasil setiap satu pusingan."Saya menggunakan modal sendiri menjalankan kegiatan ini kerana tidak mahu dibebani hutang seandainya projek ini gagal."Sekarang, saya memiliki sebuah rumah cendawan berukuran 14 x 16 kaki yang boleh memuatkan sehingga 5,000 bungkah cendawan dalam satu masa, sebuah bilik penyediaan bungkah cendawan dan sebuah bekas untuk mengewap bungkah," katanya.
Ahmad Bakri berkata, beliau mampu menjual antara 4,000 hingga 5,000 bungkah cendawan sebulan dan permintaan terus meningkat berikutan orang ramai mula didedahkan dengan kebaikan dan khasiatnya."Saya juga membekalkan cendawan segar pada harga RM10 sekilogram, manakala RM1 dan RM1.20 bagi setiap bungkah cendawan," katanya.Menurutnya, proses pembiakan cendawan tiram kelabu tidak sukar kerana ia memerlukan suhu lembap sekitar 27 darjah celsius dan 90 peratus kegelapan bilik yang sentiasa bertutup untuk membiak cepat dan sihat.
Selain itu, lantai rumah cendawan perlu disiram antara satu dan dua kali sehari bagi melembapkan suhu dalam rumah cendawan berkenaan."Jika terdedah pada kepanasan matahari, cendawan akan menjadi kecut menyebabkan kualitinya merosot. "Selain itu, bungkah cendawan juga akan rosak jika terkena air dan alah kepada bauan seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya," katanya yang turut mendapatkan maklumat mengenai tanaman cendawan menerusi internet.
Ahmad Bakri berkata, berdasarkan potensi pasaran cendawan, pihaknya sedia membantu mana-mana usahawan yang mahu terbabit dalam sektor itu walaupun diusahakan secara kecil-kecilan. "Kita perlu menyahut seruan kerajaan supaya terbabit dalam sektor pertanian kerana ia mampu memberi pulangan lumayan.
Berdasarkan pengalaman, saya sedia menyalurkan ilmu kepada sesiapa yang berminat, sekali gus pembabitan mereka kelak dapat menampung permintaan cendawan yang semakin meningkat," katanya.
FAKTA5 langkah tanam cendawan;
- Membuat bongkah yang menjadi empat tumbuahn itu dibiakkan.
Bongkah dibuat dengan memasukkan habuk kayu getah dan dedak padi halus yang dicampurkan kapur pertanian dalam mesin adunan khas hingga sebati dan dimasukkan dalam bungkusan plastik. - Bongkah perlu ditutup penutup khas dan dimasukkan dalam mesin wap selama hampir lapan jam bagi menghapuskan bakteria.
- Bongkah kemudian dibiarkan sejuk selama hampir 48 jam sebelum memasukkan kira-kira sesudu besar benih cendawan tiram kelabu atas bungkah dan ditutup antara empat dan lima hari sebelum dibuka bagi tujuan pembiakannya.
- Bongkah cendawan diletakkan atas rak dalam rumah cendawan dan setiap benih yang masuk dicatatkan tarikh bagi memudahkan pengiraan masa dan tempoh cendawan matang.
Subscribe to:
Posts (Atom)