Oleh Aziz Ibrahim.
Ekoran daripada kenaikan harga minyak dunia yang berterusan, mahu tidak mahu, kita sebagai pengguna dan rakyat negara ini, terheret sama menerima kesannya. Tentunya golongan paling sengsara ialah yang berpendapatan rendah. Jika sebelum ini kesempitan hidup menyukarkan mereka, perkembangan terbaru ini lebih-lebih lagi.
Memang ada yang marah. Kemarahan mereka sehingga menuduh kepimpinan kerajaan hari ini lemah dan tidak prihatin.
Dalam hal ini kerajaan tidak cuba untuk berdiam diri. Masalah rakyat bermakna masalah kerajaan juga. Kerajaan yang bertanggungjawab akan memastikan rakyat dan negara bebas daripada kesengsaraan.
Justeru, beberapa langkah bagi menyeimbangkan kenaikan harga bahan mentah itu dengan kepentingan negara perlu diambil. Biarpun dalam `kesusahan', kerajaan telah mengumumkan empat langkah segera bagi mengurangkan beban rakyat.
Pengumuman yang ditafsirkan sebagai `pra-Bajet 2006' itu ialah menurunkan cukai jalan antara 25 hingga 80 peratus; tidak menaikkan harga petrol, diesel, gas memasak sehingga penghujung tahun ini; kadar tol kekal tahun ini dan tahun depan serta tambahan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan tua dan daif.
Sekurang-kurangnya, usaha itu dapat melegakan sedikit keperitan yang dihadapi oleh pengguna berpendapatan rendah. Adalah benar, kerajaan wujud kerana rakyat. Rakyat yang memilih dan memberi mandat kepada kerajaan untuk mentadbir negara menjadi yang terbaik.
Jika dalam kesusahan rakyat tidak sanggup untuk bersama, kerajaan tidak akan mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat.
Bagaimanapun apakah rakyat atau pengguna mempunyai pilihan? Minyak adalah bahan asas kehidupan. Kenaikan bahan api asas ini akan menaikkan secara langsung bahan-bahan pengguna yang lain. Dengan secara langsung akan mengakibatkan kenaikan inflasi.
Pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk menangani masalah ini. Tetapi bolehkah ia dilaksanakan? Secara realitinya banyak cadangan-cadangan telah dipertengahkan, di antaranya adalah seperti:-
* Dengan menggunakan teknologi tinggi yang menjimatkan penggunaan bahan api,
* Mengawal harga barangan pengguna dengan menetapkan siling,
* Mengadakan sistem pengangkutan yang cekap,
* Menghentikan projek mega kerajaan yang tidak kritikal atau perlu dan dengan itu boleh mengalihkan dana yang dijimatkan berikutan penarikan subsidi itu untuk projek yang akan memanfaatkan negara, seperti lebih banyak perumahan kos rendah, penjagaan kesihatan ditingkatkan, sistem pengangkutan dan kemudahan sekolah yang lebih baik,
* Menyediakan insentif bagi nelayan, petani dan mereka yang terlibat dalam perniagaan pengangkutan untuk mengimbangi kenaikan kos,
* Peranan orang tengah perlu dihapuskan dan petani perlu diberikan peluang yang membolehkan mereka menjual hasil mereka terus kepada pelanggan,
* Mewujudkan dana untuk menyediakan pinjaman kepada peniaga kecil, penjaja dan perniagaan kecil, yang membolehkan mereka mengelakkan lintah darat atau ah long,
* Menggalakkan rakyat secara keseluruhan untuk menumpukan perhatian terhadap simpanan; dan berbelanja secara bijak. Budaya hutang dengan penggunaan kemudahan kredit yang meningkat tidak perlu digalakkan. Jika perlu, kerajaan perlu menasihatkan orang awam supaya memulaukan barangan dan perkhidmatan berharga tinggi tertentu.
Perkara asas yang diperbincang dan diketengahkan sepertimana yang tertulis di atas adalah bersabit dengan kewangan. Perkara pokoknya adalah kita tidak mempunyai perancangan kewangan yang khusus.
Masalahnya adalah subjek ini tidak diajar di sekolah-sekolah malahan institusi-institusi kewangan yang kononnya memasarkan perancangan kewangan kepada pengguna sebenarnya hanyalah penjual produk semata-mata product pusher.
Pengguna-pengguna tidak diajar malahan langsung tidak dilatih untuk mendapat pulangan yang maksimum daripada pinjaman perumahan mereka, pinjaman sewa beli, pelaburan, insurans, insentif cukai, sistem pengiraan faedah dan peninggalan harta.
Perancangan
Dengan adanya perancangan kewangan, ia boleh membantu pengguna-pengguna mengatasi atau memperoleh perkara-perkara seperti berikut:-
* Pengukuhan kewangan terhadap inflasi
* Pengurusan hutang yang membawa pulangan
* Pembiayaan selepas persaraan
* Penyediaan tabungan kecemasan
* Keperluan tuntutan semasa
* Pembiayaan pendidikan
Sebagai contohnya, jika seseorang memiliki rumah yang harus dibayar pinjaman perumahan yang tetap selama 20-30 tahun, sudah pasti ia membebankan.
Bagaimanapun dengan adanya perancangan kewangan, bukan sahaja ia tidak perlu membayar pinjaman perumahan untuk suatu jangka masa atau memendekkan tempoh bayarannya malahan boleh mendapatkan pulangan hasil pelaburan nilai bersih rumah itu.
Dengan lain perkataan rumah dapat, pulangan juga dapat. Ini boleh dilakukan dengan proses perancangan kewangan yang inovatif. Ia ada di pasaran tetapi tidak diendahkan oleh institusi-institusi kewangan yang mahukan keuntungan yang lebih.
Dengan perlaksanaan perancangan kewangan ini, perbelanjaan dapat dikurangkan dan simpanan sebagai asas perancangan kewangan dapat dipetingkatkan.
Selain daripada itu, kita juga memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Kenaikan harga barangan dan keperluan tuntutan semasa harus dipenuhi. Tidak kira sama ada hujan atau panas. Pelbagai keperluan lagi harus juga kita laksanakan.
Ini adalah tanggungjawab hidup. Dengan adanya perancangan kewangan, seseorang itu sudah pasti boleh menempuhi hari-hari kemudian tidak kira panas atau ribut malahan di tengah-tengah kebanyakan orang bergelut dengan kesan negatif ekonomi, mereka yang telah merancang kewangannya akan dapat menikmati hasil yang lumayan.
Pembelajaran perancangan kewangan ini harus dikemudikan oleh pihak kerajaan yang mampu membendung kos kerana inilah pendidikan/ilmu yang terpenting yang masih belum diajar di mana-mana universiti di negara ini.
Rakyat khususnya tidak lagi akan mengeluh dengan pelbagai masalah ekonomi jika diri mereka tahu dan yakin mereka telah bersedia menempuh masa depan baik masa-masa yang gembira mahupun duka.
- AZIZ IBRAHIM ialah seorang perancang kewangan bertauliah.
Tuesday, June 03, 2008
Penyelesaian Masalah Hutang
Oleh: AZIZ IBRAHIM
Masalah tanggungan hutang dan kegagalan mengurus kredit dengan baik sebenarnya bukan hanya dihadapi oleh penjawat awam bahkan kira-kira 1.72 juta orang Melayu dewasa dan pencari pendapatan yang aktif di Malaysia.
Kakitangan awam amat bernasib baik kerana jaminan pendapatan tetap daripada majikannya iaitu kerajaan, ia sudah pasti memudahkan mereka mendapat pinjaman dari semua arah. Tidak semua rakyat negara ini khususnya orang Melayu memperoleh kemudahan ini.
Oleh kerana wujudnya kemudahan sedemikian rupa, ada di antara penjawat awam yang telah menyalahgunakan bukti pendapatan mereka itu untuk memperoleh wang pinjaman.
Tetapi, perkara sedemikian tidak dapat dielakkan dalam sesetengah perkara. Tuntutan keperluan semasa, kenaikan harga barangan, tanggungan hutang, kecemasan, pendidikan anak-anak dan lain-lain lagi telah memaksa mereka mengambil jalan mudah dengan meminjam seboleh-bolehnya tanpa mengira akibatnya.
Persoalannya, apakah terdapat jalan penyelesaiannya? Jawapannya sudah tentu ada. Terdapat dua cara mengatasi masalah ini. Satu, menerusi penyelesaian mikro manakala cara lainnya berbentuk makro iaitu dengan kerjasama kerajaan.
Penyelesaian secara mikro iaitu penglibatan individu-individu dalam kategori `masalah' sahaja yang akan diketengahkan. Sekiranya terdapat minat untuk mencari penyelesaian makro, perkara ini boleh diterangkan dengan lebih lanjut lagi.
Bagaimanakah penyelesaian mikro atau berkaitan individu ini? Jawapannya adalah menerusi kreativiti dan inovasi perancangan kewangan.
Perancangan kewangan adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan pelaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh.
Secara ringkasnya ia adalah personal corporate finance. Ia merupakan suatu ilmu dan industri yang terpenting dalam kehidupan. Rakyat Malaysia pada dasarnya masih tidak diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini.
Asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dengan adanya simpanan, seseorang itu boleh membentuk platform dengan mudah. Bagaimanapun tidak semua orang mempunyai tabiat menyimpan yang baik. Oleh itu cara alternatif yang boleh digunakan adalah dengan meminjam.
Dengan kecairan yang tinggi dan kadar faedah yang rendah sekarang ini, bank adalah opsyen yang mudah dan murah bagi membentuk platform atau dengan kata lain, modal, bagi memulakan langkah merancang kewangan.
Penubuhan platform (modal) merupakan tonggak kepada perancangan kewangan yang menyeluruh.Bagaimanapun, untuk menubuhkan sebuah platform yang baik menerusi kaedah meminjam seseorang itu perlu mengetahui beberapa prinsip asas pengurusan kredit.
Pada dasarnya platform boleh dibentuk daripada tiga sumber pendapatan, sama ada menerusi simpanan sendiri (tunai), pemberian (pinjaman) keluarga dan cara kebiasaan yang ramai menggunakannya yakni menerusi pinjaman daripada institusi kewangan.
Melalui pinjaman, individu boleh memperolehnya menerusi tiga cara juga iaitu, pinjaman peribadi, overdraf (tanpa cagaran) dan pinjaman tetap (kebiasaannya pinjaman perumahan).
Bagi individu yang ingin membina platform melalui cara meminjam, mereka harus memahami pengiraan kadar faedah.
Sesebuah pinjaman itu terbahagi kepada dua yang merangkumi pokok (prinsipal) dan faedah. Pokok harus dibayar, tiada cara lain. Tetapi faedah boleh dielak sekiranya kita mengetahui cara pengiraannya.
Terdapat empat jenis pengiraan faedah iaitu, kadar tetap - kebiasaannya untuk pembelian kereta atau pinjaman peribadi; kadar tahunan - kadar ini digunakan untuk sesetengah pembelian konsumer; kadar bulanan - untuk pembelian rumah (pinjaman perumahan kerajaan dan swasta) dan kadar harian - yang digunakan untuk kemudahan overdraf dan sesetengah pinjaman perumahan swasta.
Kadar faedah yang menguntungkan kita adalah kadar harian. Ini adalah pilihan sekiranya kadar sebenar untuk pengiraan kadar harian adalah yang paling murah.
Bagaimanapun sebelum seseorang itu meminjam, persoalan pertama yang harus dijawab adalah bagaimana hendak membayarnya?
Menerusi kreativiti perancangan kewangan, modal menerusi pinjaman untuk pembentukan platform terlebih da-hulu dilaburkan ke dalam alat pelaburan yang memberi pulangan serta boleh disandarkan untuk mendapatkan kemudahan overdraf.
Dengan cara ini, pulangan menerusi pelaburan dengan hanya pulangan lapan peratus setahun dikompaunkan untuk lapan tahun, cukup untuk membayar pinjaman tanpa perlu membayarnya. Kemudahan overdraf boleh digunakan sebagai platform.
Setelah pembentukan platform (modal) ini, seseorang itu boleh melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-
1. Menyelesai/mengurangkan hutang.
2. Untuk memenuhi keperluan tuntutan semasa.
3. Penyediaan tabungan kecemasan
4. Keperluan pendidikan anak-anak.
5. Melawan kenaikan harga/inflasi.
6 Penyediaan menghadapi persaraan.
Adalah salah jika anda diberitahu bahawa berhutang itu bagus. Hidup akan lebih bermakna dan mudah jika kita tiada bebanan hutang.
Bagaimanapun masalahnya adalah mampukah kita membayar pembelian seperti kereta, rumah dan lain-lain perbelanjaan yang mahal secara tunai?
Perancangan kewangan yang berjaya akan membolehkan kita melabur dan merancang tanggungan hutang kita dengan sempurna. Hasilnya nanti akan membolehkan kita membentuk kekayaan.
Bagaimanapun ramai antara kita gagal mengumpul kekayaan disebabkan oleh masalah hutang. Dalam budaya meminjam khususnya di kalangan masyarakat Melayu, jika boleh mereka tidak mahu meminjam, jika meminjam pula mereka tak mahu bayar.
Ini merupakan satu sikap yang salah. Sepatutnya kita harus mempunyai sikap, jika perlu berhutang, hutang harus diselesaikan dengan segera.
Kegagalan memenuhi faktor ini dan mengurus hutang dengan baik telah menyebabkan ramai orang tersungkur sebelum sempat memulakan langkah pertama membina kekayaan. Kebebasan kewangan pada asasnya adalah bebas daripada hutang.
* Aziz Ibrahim ialah Konsultan Perancangan Kewangan dan Penasihat Pelaburan Berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti.

Subscribe to:
Posts (Atom)